Selamat Datang





PENGHARGAAN

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera
Bersyukur kehadariat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “BLOG RESOS MATEMATIK”. Tugasan yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek tugasan kami ini. Pertama sekali kepada Pengarah Institut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa, kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami, Pn. Noor Khaliza Binti Md Khairuddin kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk tugasan kami serta membantu kami dari semasa kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek tugasan amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.